Aku telah terpilih untuk mengikuti KT18 yang berangkat pada awal pagi 14 Oct 2010.
Pada petang 13hb keluraga ku dari kampung termasuk Ibu telh tiba. Selepas solat isyak kami telah mengadakan doa selamat. Seterusnya aku membuat persediaan akhir dengan solat sunat safar(Musafir) dan berdoa. Sekitar jam 9:30 malam azan dilaungkan oleh Ketua Kampung yang datang. Seterusnya kami pun berangkat ke KHKJ dengan empat buah kereta. Hanya seorang saja yang ikut sama kerana yang seorang lagi masih di Asrama.
Urusan mendapatkan pas telah dilakukan sebelum check-in.
Penerbangan alhamdullilah berlepas mengikut jadual. Urusan Check-in di KHKJ berjalan lancar. Kami telah diberikan taklimat sebelum berangkat. Seterusnya aku telah menyimpan wang pemberian dalam akaun tabung haji.
terdapat lebih kurang 340 orang jemaah haji berserta beberapa pegawai LUTH dalam penerbangan tersebut. Kami beruntung kerana Ustaz yang mengajar aku kursus haji juga bersama aku dalam penerbangan.
Kami telah diminta turun dari dewan menunggu untuk menaiki bas ke KLIA di awal pagi. Tujuh buah bas dan ambulan berlepas bersama bantuan polis peronda membelah keheningan pagi ke KLIA. Kami terus dibawa ke terminal melalui jalan laluan khas. Penerbangan berlepas sebelum waktu subuh (5:20 pagi). Waktu subuh kami berada di Lautan Hindi.
Penerbangan memakan masa sekitar lapan jam. Kami tiba di lapangan terbang Madinah sekitar jam 9 pagi. Disebabkan beberapa perbangan awal yang tiba kami terpaksa menunggu giliran untuk melepasi imigresen. Penerbangan awal adalah dari Turki dan India. Kami mengalami sedikit kelewatan. Akhirnya setelah cap jari di kesepuluh jari di rekodkan berserta gambar diambil aku telah melepasi pemeriksaan imigresen pada jam 12 tengahari.
Dari lapangan terbang kami telah dibawa dengan bas ke hotel Dallah Taibah di Madinah.
Mutawif telah memeimpin kami untuk membaca doa masuk Madinah dan mereka telah memberikan sedikit penerangan sepanjang perjalanan. Kami tiba di hotel sekitar jam satu tengahari. Ini bermakna kami telah terlepas waktu pertama untuk berjamaah di Masjid Nabawi. Kami terus ke bilik untuk berihat dan solat Zuhur dan mengkhada solat subuh yang terlepas. Kami juga masih menunggu beg kami.
Seterusnya kami telah diberikan makanan tengahari dan sedikit taklimat mengenai kedudukan Masjid dan sebagainya.
Seterusnya pengalaman di Madinah bermula....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan