Permulaan
Aku telah membuka akaun di tabung haji sebelum tahun 1990. Ketika itu aku baru mula bekerja dan pendapatan masih tak seberapa. Pada sekitar 2000- 2003 hati ini terasa teringin untuk menunaikan haji. Selesainya musim haji tahun 2004 aku telah menghubungi LUTH untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan. Aku telah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji pada tahun 2004 dan berharap dapat pergi pada tahun 2005, tetapi mengikut senarai menunggu aku cuma layak pergi pada tahun 2011.
Walaubagaimanapun aku telah mengikuti kursus haji Di Masjid KLCC pada tahun 2006. Kursus yang pertama ini sebagai persediaan awal, pemahamannya masih kurang. Pada tahun 2007 semasa bersemuka dengan MD dan GM tempak aku bekerja aku telah melahirkan hasratku untuk bercuti panjang, dalam masa terdekat. Mereka faham dan merestui permohonan ku untuk bercuti panjang sekiranya aku akan ke tanah suci.
Pada tahun 2008 aku telah membuat rayuan bertulis tetapi rayuanku ditolak. Pada tahun 2009 aku telah diberikan tawaran sebagai calon menunggu. Tawaran ini aku tolak kerana ada kemungkinan yang tawaran hanya akan dikeluarkan pada saat-saat akhir. Sekali lagi tawaran diterima pada awal 2010, tawaran ini juga aku tolak kerana aku memerlukan masa untuk membuat persediaan.
Penghujung Mei 2010 akau menerima tawaran yang mengatakan yang aku terpilih. aku telah mengesahkan kesediaan ku dengan kadar segera. aku juga telah menerima beberapa buku panduan untuk rujukan. Pada ketika itu kegembiraan tak terkata. Kursus Haji bersiri sudah hampir tamat dan secara kebetulan kursus haji di mesjid KLCC baru saja bermula. Aku terus mengikuti kursus ini. Kesemua yang dipelajari begitu jelas dan dapat dibayangkan tidak seperti dahulu. Seterusnya aku telah mendapat pangilan untuk pemeriksaan kesihatan. Disini berlaku sedikit masaalah bila doktor telah meminta aku untuk mendapatkan rawatan lanjut disebabkan masaalah BP dan Diebetis. Aku telah memilih untuk di rujuk ke doktor di klinik swasta (demi masa). setelah melalu rawatan selama beberapa bulan BP aku normal cuma ada massaalah "white coat syndrome". Diebetes ku terkawal cuma perlu meneruskan ubat yang diambil. Akhirnya doktor telah meluluskan dan buku reod kesihatan ku sempurna. (termasuk suntikan tambahan. Buku recod kesihatan aku tidak ditanda.
Peringkat seterusnya ialah kursus intensif (di Masjid Negara)dan aku telah berjaya menjawab semua soalan ujian dengan tepat. Akhir sekali kursus perdana di Putrajaya.
Aku ada menerima tawaran sementara pakej haji THT. Tetapi bila harga [akej haji telah ditetapkan aku terpaksa membuat pilihan yang lain. Aku mempunyai simpanan yang lebih dari cukup. Aku telah memilih untuk mengikuti pakej haji swasta kerana tujuan ku ialah untuk memberi peluang kepada mereka yang lain peluang untuk menunaikan haji dengan tabung haji. Aku telah memilih pakej dari syarikat "Rayhar" kerana sebab sebab tertentu. Pakej haji sebilik 2 orang dengan jarak 300-450m dari Masjdilharam.
Seterusnya penyerahan passport untuk tujuan visa. Peringkat berikutnya ialah membuat bayaran pakej. Debaran semakin meningkat bila tiba bulan shawal. Akhirnya tarikh berangkat dan nombor KT pun diterima.
Beberapa hari sebelum berlepas kami telah menikuti taklimat perjalanan dari pihak syarikat. Disini dugaan bermula, kami sepatutnya menerima beg dari syarikat tetapi kerana sebab yang tidak dapat dielakan beg tersebut terpaksa digantikan dengan beg biasa. Aku redha dengan apa yang ku terima.
Aku seterusnya mengatur wang untuk anak-anakku dan meminta keluarga dan rakan yang lain untuk menjaga anak-anak dan hartabenda yang terpaksa ditinggalkan. Aku berjaya menyediakan surat wasiat seminggu sebelum berlepas (percuma).
Disaat saat akhir aku pula terpaksa mengikut kehendak keluarga. Akhirnya tarik yang ditunggu tiba dan perjalanan aku bermula dengan AZAN.
TIPS:
Beli sehelai kain ihram sudah cukup. kalau perlu anda boleh beli yang kedua di Madinah atau Mekah (jika mengerjakan haji Tamattuk)
2-3 helai jubah atau pakaian yang sesuai untuk ke Masjid
Tak perlu penuhkan beg anda dari Malaysia, bawa yang perlu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan